~KAFARAH SUMPAH~


Assalammualaikum & Selamat Malam...Tadi belek-belek muka buku pastu tertarik pulak dengan baca status pemilik Bercinta Selepas Nikah.. Statusnya berbunyi begini yer...(eh ade bunyi ey..hehehe)...


Soalan:

Saya bersumpah tidak akan kahwin selain dari kekasih saya, tetapi kekasih saya telah mati. Macam mana nak batalkan sumpah tersebut?

Ustaz Azhar Idrus:
...
Kena beringat supaya kita ni janganlah keterlaluan ketika bercinta. Jangan berjanji sampai bersumpah walau cinta setinggi manapun pada dia. Cukuplah sekadar berkata InsyaAllah….

Kamu kena bayar kafarah sumpah dulu la, lepas tu baru boleh kahwin dengan orang lain.

Kafarah sumpah ini adalah "saman" dari Allah SWT kerana telah melanggar sumpah kepadanya. Caranya ialah samada puasa 3 hari ataupun memberi makan 10 orang fakir miskin sehingga kenyang (nasi bungkus pun memadai) dan dengan berniat sebagai kafarah sumpah.

( Masjid Pengadang Baru )

:: Masa bercinta semua indah. Kentut kekasih pun bau wangi kikikiki ::

Via Ya Allah Terimalah Taubatku
 
Lepas baca tu dan dan terus terpikir " adakah aku juga perlu membayar kafarah sumpah atas kata-kata yang pernah aku ungkapkan 3tahun  lepas...wuarghhh...tapi tu aku takdelah sebut perkataan sumpah..aku cuma kata " tak kahwin pon takpe asal dapat amik lesen.."... adakah ia sama seperti bersumpah??...perlu bayar ke ek??...ish ni yang  buntu ni...semoga ALLAH bagi petunjuk dekat aku..AMIN...
 
~sumber facebook~
~KAFARAH SUMPAH~ ~KAFARAH SUMPAH~ Reviewed by MasturaDin on March 02, 2013 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.