STAYCATION TIME PKP

 Assalammualaikum Dunia.. Bila dah lama sangat duk rumah PKP ni, otak pun jadi tepu... eh bukan kite je tepu, bebudak 2 orang ni lagi tepu...sian dorang membesar dalam rumah je…Hohoho… Perasaan nak cuti-cuti Malaysia datang lagi..tapi disebabkan Covid 19 semakin mengganas cuma boleh throwback jelah pengalaman-pengalaman bercuti sebelum PKP...sob sob sob...


staycation untuk keluarga, the datai langkawi, traveloka, hotel murah

Teringat balik awal tahun 2021 masa Kerajaan izinkan untuk rentas negeri sempatlah jugak Family in Law bawak kami bercuti ke Pulau Pangkor... first time hokay jejakkan kaki kat situ setelah 35 tahun hidup..kesian tak kesian…hehehe... Masa kat Pulau Pangkor kami menginap di Coral Bay Resort… sangat strategik sebab bawah tu ada mini mart dan beraneka kedai makan… Yang best nye dekat dengan laut.. jalan kaki je ke Pantai Bogak… Antara aktiviti kami adalah menaiki bot pusing Pulau Bogak sambil bagi ikan-ikan makan dan mandi pantai,sewa van mengelilingi Pulau Pangkor sambil menziarah Masjid Al Badr 1000 Selawat, melawat Kota Belanda dan singgah di Kilang Satay 
Eng Seng Pangkor Food Industry & Trading..

staycation untuk keluarga, the datai langkawi, traveloka, hotel murah
BILIK DI CORAL BAY PANGKOR





Selain tu awal Mac 2021 bermulalah semula episod dimana rakyat tak dibenarkan untuk merentas negeri..yang dibenarkan hanya bercuti dalam daerah je… Kebetulan birthday TokMa so kitorang plan staycation kat Times Apartment Suites at Times Squares… Masa tu ada promosi penginapan 2hari 1malam hanya RM200++ je..  terletak ditengah Bandar Kuala Lumpur menjadikan apartment ni sangat strategik… selesa sangat..Kemudahan yang disediakan 2 masterbedroom, ada bathtub, dapur lengkap heater, peti ais, dan ruang tamu luas..Faiq dengan Mysha happy sangat.. Perkara yang kitorang titikberatkan bila nak booking hotel ke homestay ke tentulah ada kolam renang tak?.. ataupun at least bathtub..almaklumlah nak beli jiwa anak-anak kan…hehehe… tidur malam pulak bertemankan neon neon persekitaran KL..AGITHEWWW...sekarang kalau bercuti  gini tak risau makan sebab boleh order foodpanda atau grabfood..lagipun Times Apartment Suites bersebelahan dengan mall dia so memang banyak pilihan makanan... Untuk lunch esoknya Tok Abah surprisekan TokMa lunch di Athmosphere 360.. Lepas lunch kami lepak-lepak dulu kat taman bawah Menara Kuala Lumpur, bagi can Faiq bebaskan diri asyik “berkurung” je… hihihi…Tak ketinggalan juga kami masuk tengok beraneka jenis ikan dalam Blue Coral Aquarium KL Tower… Faiq paling excited…

staycation untuk keluarga, the datai langkawi, traveloka, hotel murah
BILIK DI TIMES APARTMENT SUITES

KL TIME MALAM

SEMPAT FAIQ MANDI KOLAM

LUNCH DI ATMOSHPERE 360

staycation untuk keluarga, the datai langkawi, traveloka, hotel murah
LEPAK KAT BAWAH MENARA KL

staycation untuk keluarga, the datai langkawi, traveloka, hotel murah
BLUE CORAL AQUARIUM


Bulan April 2021 pun kami sempat pegi staycation…masa ni plan nak balik rumah Family in Law, tiber tercheck in kat Sofitel Hotel Damansara….kihkihkih… yang ni memang last minit booking.....saje bawak bebudak 2 orang ni feeling tido hotel …tak sangka pulak tu yang terakhir setakat ni sebelum fully lockdown Mei 2021….berhuhuhu jelah kite… Nak pergi jejauh tak lepas..apakan daya cuma mampu survey je lah The Datai Langkawi… kot ada rezeki lepas capai herd immunity dah boleh rentas negeri kite try plan bercuti ke sana...hokay anak-anak?..  



Musim pandemik ni bukan je kesian kat anak-anak terpaksa “berkurung” kat rumah, tapi yang terpaling kesian dan terkesan mereka yang berkhidmat dalam sektor Pelancongan… terjejas habis pendapatan dorang…ada hotel yang gulung tikar sebab tak boleh nak rolling modal bayar segala komitmen termasuk gaji staff… Ada sesetengha hotel siap menyediakan promosi delivery makanan bagi menampung perbelanjaan mereka… Allahu, memasing struggle sangat sekarang ni…  hope sangat Malaysia dapat capai herd immunity seperti yang dirancang so kita semua boleh menjalani kehidupan macam biasa… dibenarkan bercuti tanpa ragu-ragu… khennn…

Kira kami ni bersyukur even “terkurung” kat rumah still anak-anak boleh  rasa macam dorang gi bercuti… bagi je dorang mandi kat kolam angin… tu pun dah seronok kemahennn dapat main air…hahahah… pernahlah Nampak yang ada sewa aneka jenis kolam + gelongsor macam kat theme park tu kan, tapi memandangkan kawasan rumah tak mengizinkan, kolam angin cinonet ni pun Alhamdulillah dah..yang penting anak-anak happy… hehehehe



Last but not least, korang kalau nak tau top 5 hotel atau penginapan untuk bercuti yang mesra keluarga dan harga yang berpatutan dan tersangat puas hati meh kite share:-


1.       KSL Hotel & Resort Johor Bahru

2.       Times Apartment Suites at Times Squares

3.       Maritime Luxury Suites-Service Apartment

4.       Coral Bay Resort Pangkor

5.       The Straits Hotel & Suites, Melaka Raya, Melaka City Center, Melaka City

 

Macam panjang pulak share kite ni kan… sebelum korang bosan, silalah korang survey… kot ada yang berkenan kan..boleh rancang awal… semua tempat penginapan ni ada dalam website Traveloka…senang ada semua dalam tu…korang pun boleh compare harga sekali dengan bajet korang… hokay tak hokay?...hihihii

 Wassalam

STAYCATION TIME PKP STAYCATION TIME PKP Reviewed by MasturaDin on August 19, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.