HOMEMADE CHICKEN WRAP

RESEPI HOMEMADE CHICKEN WRAP

Assalammualaikum Dunia... Alhamdulillah, kembali semula selepas lama tidak bersiaran... hehehe... kali ni muncul bersama resepi baru... Homemade chicken wrap... Alkisahnya, pagi sabtu 2 minggu lepas buatkan roti puri untuk sarapan Atok, dan nak dijadikan cerita doh roti puri tu terlebih banyak... Maka kenalah bawak balik rumah sewa doh yang berlebih-lebih tu... Fikir punya fikir nak dimasak ape dengan doh tu, so terjadilah homemade chicken wrap ni untuk santapan petang Mr Uber....

homemade chicken wrap, resepi, menu minum petang, bahan-bahan,cara-cara masak
Homemade Chicken Wrap

Kulit tu rasa macam roti tortilla yang kita beli siap dekat kedai tau... senang kata memang sedaplah...bahan-bahan yang digunakan untuk buat chicken wrap ni pun mudah didapati di kedai-kedai runcit berhampiran korang... 😁😁😁

BAHAN-BAHAN MEMBUAT KULIT CHICKEN WRAP

Chat conversatiBAHAN-BAHAN KULIT WRAP2 Cawan tepung gandum **
2 Cawan tepung gandum **
1 Sudu teh yis mauripan **
3 Sudu besar minyak masak **
1 Sudu teh gula **
1/2 Sudu teh garam **
3/4 Air panas

CARA-CARA MEMBUAT KULIT CHICKEN WRAP

homemade chicken wrap, resepi, menu minum petang, bahan-bahan,cara-cara masak
Kulit tortilla

1. Campurkan kesemu bahan yang bertanda ** dan gaul rata ...(NO 1)
2. Masukkan air panas dan uli sehingga adunan tidak lekat ditangan... (NO 2 & 3)
3. Bulat-bulatkan kecil-kecil dan perap selama 15minit-30minit... (NO 4)
4. Setelah adunan kembang, lenyekkan dengan penggelek... (NO 5 & 6)
5. Letakkan sedikit minyak dan biarkan sehingga masak (macam masak lempeng)... (NO 7 & 8)
6. Angkat dan ketepikan...

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI

1. Isi ayam 
2. Serbuk lada hitam
3. Garam 
4. Oregano
5. Kicap
6. Mozarella cheese
7. Salad
8. Tomato
9. Mayonis
10. Sos cili

CARA-CARA UNTUK  MEMBUAT INTI

homemade chicken wrap, resepi, menu minum petang, bahan-bahan,cara-cara masak
Inti

1. Isi ayam dipotong nipis-nipis, perapkan bersama dengan serbuk lada hitam, garam, oregano, dan kicap...
2. Selepas diperap beberapa jam, panaskan minyak, masukkan ayam dan biarkan sehingga masak...  Ketepikan...
3. Dalam pinggan lain, ambil kulit yang dah dimasak tadi sapukan mayonis, sos cili, taburkan mozarella cheese, salad dan hirisan tomato serta isi ayam dan lipatkan dua macam gambar diatas....
4. Buat sehingga habis... 
5. Siap dan sedia dihidang bersama Nes O ais kurang manis kole besar... 😋😋😋
SELAMAT MENCUBA!!!

Wassalam
HOMEMADE CHICKEN WRAP HOMEMADE CHICKEN WRAP Reviewed by MasturaDin on July 14, 2017 Rating: 5

6 comments:

  1. Nampak senang jer ni...kena buat bila cukup bahan ni

    ReplyDelete
  2. Auni suka sangat kalau dapat chicken wrap ni, kenyang sebab semua dah ada dalam tortilla tu..

    ReplyDelete
  3. perkongsian resepi menarik

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.... Boleh cuba ni....

    ReplyDelete
  5. wah sedapnya! terliur pulak malam malam nie hehe

    ReplyDelete
  6. bagus ni tak membazir...nampak sedap...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.