RESEPI BIHUN LADNA SESUKA RASA


Assalammualaikum Dunia... Hujung minggu lepas untuk makan tengahari takde rasa nak makan nasi,  tanya Atok pun same, dia taknak makan nasi... So, tengok-tengok ada stok bihun segera mamee perasa sayur-sayuran, terus google resepi bihun ladna... Tapi hat yang MD masak ni resepi bihun ladna sesuka rasa je sebab bahan yang digunakan simple dan mudah... Yang penting rasa tu sedap sebab guna perencah bihun segera mamee... hehehehehe


resepi bihun ladna, mudah dan simple, resepi berasaskan bihun, cara mudah masak bihun
BIHUN LADNA SESUKA RASA

Nak lagi sedap boleh gak kalau nak pecahkan telur dan buh ayam atau sotong atau udang... MD tak letak sebab Atok tak boleh makan makanan gatal-gatal... nanti kesian dia kena menggaru pulak...huhuhu....

BAHAN-BAHAN MEMASAK BIHUN LADNA SESUKA RASA

resepi bihun ladna, mudah dan simple, resepi berasaskan bihun, cara mudah masak bihun

Anggaran makan 2-3 orang

1. 2 pek bihun segera mamee perasa sayur-sayuran
2. 9 biji bebola daging / isi ayam / udang  / sotong
3. 1 batang lobak merah
4. Sawi
5. 1 biji bawang besar
6. 3 ulas bawang putih
7. 5 biji cili padi
8. Lada hitam / lada putih
9. Tepung jagung + Air
10. 2 sudu kicap manis
11. Daun Sup / daun bawang
12. 5 cawan air


CARA-CARA MEMASAK BIHUN LADNA SESUKA RASA

resepi bihun ladna, mudah dan simple, resepi berasaskan bihun, cara mudah masak bihun

1. Renehkan bebola daging bersama 5 cawan air sehingga mendidih....
2. Ambil sedikit air renehan daging dan blenderkan bersama bawang besar,bawang putih dan lada hitam (sebab guna lada hitam biji)...
3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau... (Guna minyak dalam paket bihun segera mamee)
4. Masukkan perencah bihun segera mamee, lobak merah yang telah dihiris nipis, lebihan air renehan,cili padi yang telah dipecah-pecahkan, bebola daging dan kicap...
5. Agak-agak semua dah empuk, masukkan bancuhan tepung jagung... (rasa, kalau tawar boleh campur sedikit garam)
6. Masukkan bihun dan sawi... Biarkan sehingga masak...
7. Tutup api dan hidangkan,tabur sedikit daun sup...
8. Boleh dimakan terus sebab kalau lambat nanti kuah nya kering...   

SELAMAT MENCUBA    
Wassalam
RESEPI BIHUN LADNA SESUKA RASA RESEPI BIHUN LADNA SESUKA RASA Reviewed by MasturaDin on April 04, 2017 Rating: 5

3 comments:

  1. Berbanding dengan mee lain.. saya suka dengan mihum.. sebab rasa dia lembut2 sikit. tapi resepi ni memang mantap..kena cuba ni

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap! Tapi elsa tak makan sayur lah pulak hahaha spoil 😅

    ReplyDelete
  3. yummy...macam best je...kena try gak ni,sempoi je bahan huhuhu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.