[CERPEN] APA ERTINYA CINTA? - PART II
February 10, 2017APA ERTINYA CINTA II
Assalammualaikum Dunia.... Sambungan daripada kisah APA ERTINYA CINTA? - PART 1 ...
Hari ini aku mulakan dengan misi 7 hari mencari apa ertinya cinta.
Aku akan pergi setelah 7 hari, Itu janji aku pada diriku.
DAY 1
Seawal pagi lagi aku
sudah wish good morning padanya setelah beberapa hari tiada ucapan itu dari aku
mahupun dia.
Tipulah andaiya aku
tidak rindu pada semua itu. Ya, aku rindu pada rutin kami. Bukan semudah itu
untuk aku buang kenangan yang pernah aku lalui bersamanya.
Pelik.. Kenapakah perasaan aku begini? Benarkah apa yang aku rasakan
ini? Aku tidak tahu apakah yang aku rasa disaat ini. Hatiku berdebar – debar
bila mendapat text dari dia. Bukan perasaan ini yang aku minta, ia hadir tiba –
tiba. Perasaan ini sama seperti ketika aku bersama dia. Tapi bukankah perasaan
itu sudah berlalu pergi? Atau ianya hanya
sekadar mainan emosi?
Resah hatiku selalunya ada,
fikirkan kamu setiap waktu ku*
Aku sangat takut, ya aku takut. Aku takut untuk mempunyai perasaan
seperti itu lagi kepadanya. Cukuplah sekadar perasaan sayang dan rindu sebagai
seorang kawan baik. Aku tidak mahu ianya lebih dari itu. Sungguh aku tidak
mahu. Aku tidak mahu mengganggu kehidupan bahagianya.
Satu perkara yang aku tidak pernah berkongsi dengan orang lain
kecuali rakan serumahku.
Aku perasan perkara ini sejak dari hari pertama perkenalan kami
lagi.
Bila aku teringat dia, pasti handphone ku berbunyi menandakan
whatapps masuk dari dia.
Bila aku merindui dia, pasti dia akan muncul.
Setiap kali aku selesai titipkan namanya didalam doaku, pasti dia
akan hadir.
Dia akan merasa apa yang aku rasakan kerana, setiap kali aku rasa
sesuatu pasti dia akan ada.
Aku harap kali ini, tidak akan terjadi perkara seperti itu. Walaupun
jauh disudut hati kecilku menginginkan ia. Tapi benak fikiranku tidak
membenarkan nya.
Ohh apakah ini…
Petang ini.. aku merasa terlalu rindu padanya.
Perasaan yang telah hilang dan kini ia muncul kembali. Aku cuba
untuk berbuat seperti tiada apa - apa. Tapi, semakin aku cuba menafikannya,
semakin kuat dengup jantungku.
Hari ini berjalan seperti biasa, kami masih lagi berhubung tapi
tidaklah semesra dahulu. Mungkin kami masih kekok agaknya. Lagipun aku tidak
mahu dia merasa terganggu dengan kehadiranku kerana aku tahu dia sedang bahagia
sekarang.
Selalunya, setiap kali aku pulang pasti akan ada text dari dia.
Sayang, dah sampai mana tu?
Sayang dah sampai rumah?
Harini masak ke beli?
Baby dah sampai ni.. wekkk!
Semua itu sudah berlalu pergi. Rindunya aku pada dia!
Sepanjang perjalanan pulang, fikiran dan hatiku asik terfikir dan
teringatkan dia. Tidak keruan rasanya. Sesampainya dirumah aku menghantar voice
note berbunyi;
‘’wehh u dah sampai rumah
ke, tetibe pulak I rasa rindu kat u.. rasa kelaka pulak kan hahahaha‘’
Sebenarnya aku malu untuk menyatakan yang aku rindu padanya. Tapi
itulah aku. Aku boleh menjadi diriku bila bersamanya. Aku boleh bercerita dan
meluahkan apa sahaja dengannya.
Selang sejam, voice note darinya aku terima.
‘’dah sampai umah tadi, ehh
rindu pulak dia? Ni dah rindu – rindu ni macam mana nak buat?
Aku membiarkan sahaja voice tu berlalu pergi tanpa membalasnya.
Sejam kemudian aku terima satu lagi voice note darinya. Aku
tersenyum sendiri mendengarnya, kerana itulah yang aku terfikirkan sejak awal
tadi. Kedengaran alunan suara merdunya mengaji. Allamdulillah. Berbunga – bunga
hatiku kerana dia masih mengingati apa kesukaan aku.
DAY 2
Pagi – pagi aku sudah menghantar voice note kepada dia kerana aku
inginkan setiap pagi selama 7 hari ini suara pertama yang akan di dengarinya
adalah suara aku.
‘’assalamualaikum tuan
putera, selamat pagi, semoga harini lebih baik dari semalam, semoga dia berada
dalam lindungan dan kasih sayang Allah ………‘’
Voice aku dibalas dengan ‘’waalaikumusalam
dan selamat tuan puteri…. ….. I dah sampai campus ni, baru je sampai.. werkk!
werkk! ‘’
Aku gembira. Sungguh gembira kerana kawan yang aku kenal dahulu
telah kembali.
Nada suaranya, ayat yang digunakannya, gaya percakapannya cukup
untuk aku tahu yang my tuan putera is back! Yahoo. Tuan putera ialah panggilan
pertama aku beri kepadanya. I love to call him like that.
Sepagian ini di penuhi dengan voice note diantara kami, its look
like old times.
Sewaktu aku menghabiskan masa makan tengahari bersama kawan – kawan
di cafeteria, tidak semena – menanya hatiku bergetar teringatkan dia. Aku teruskan
sahaja berbual dengan mereka kerana aku malas hendak melayan perasaan itu. Tapi
aku tidak boleh, lantas aku melihat telefon. Manalah tahu seandainya ada text
dari dia. Ya, memang ada text dari dia. Kebetulan apakah ini?
Kami ber ‘’ WhatsApp ‘’seketika dan dengan tiba – tiba idea gila aku
muncul
Awak ..
Ye saya..
Awat – awat
Tell me
(Sambil aku menghantar gambar kepadanya)
Haa kenapa ngan gambar tu?
Pakai dp ws.. sebab that’s
my old friend
Kejap .. katanya
Akhirnya dp WhatsApp’s dia bertukar. Aku sengaja meminta dia berbuat
begitu kerana ingin meninggalkan kenangan manis buat dia setelah aku pergi. Aku
amat menyukai gambar itu, pernah sekali dia menukar gambar dp WhatsApp’s,
tetapi aku meminta dia menukar kembali kepada gambar itu.
Sambil menonton drama bersiri 7 hari mencintaiku, jantungku bergedup
kencang teringatkan dia dengan tiba - tiba. Lantas aku melihat telefon, ya ada
voice note dari dia. Sungguh kebetulan. Biarlah, aku malas hendak memikirkan
dan melayan sangat perasaan itu. Aku harus kuat untuk melawan perasaan itu.
Cintakah aku pada dia?
Malam yang sunyi terus berlalu, sesekali kedengaran bunyi anjing
menyalak memecah keheningan sunyi malam. Tiada ucapan selamat malam dari dia
seperti selalu. Lalu aku tidur dengan perasaan yang sedih, mengharapkan
ditemani oleh mimpi – mimpi indah.
DAY 3
Seperti dua hari lalu, aku kuatkan hati untuk terus menghantar voice
note seawal pagi. Tidak tahu apa yang aku rasa pagi ini. Bermacam perasaan yang
singgah di hati. Cemburu kah aku? Kenapa aku perlu cemburu? Kerana dia lambat
membalas voice note aku kah atau kerana aku sedang melihat dia gembira dan
bahagia? Kenapa pula aku perlu cemburu, bukahkah aku sudah ikhlaskan segalanya?
Atau aku hanya sekadar berlakon untuk memujuk hati sendiri?
Petang ni aku rasa tidak kuat, sungguh aku tidak kuat untuk semua
ini. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapinya. Walaupun aku sedang
berpura – pura tiada apa yang berlaku tapi, aku juga manusia biasa yang lemah.
Yang mempunyai hati dan perasaan.
Aku penat, penat untuk berpura – pura yang aku gembira. Aku terpaksa
kerana aku tidak mahu sesiapa pun yang perasan akan kesedihan yang aku rasai.
Jauh disudut hati ini aku terasa kehilangan yang amat sangat.
Aku perlu kuat, kuat menghadapi ujianMU ini ya Allah. Aku masih ada
keluarga dan kawan – kawan yang menyanyangi aku.
3 hari lalu aku berterus – terang padanya yang sebenarnya aku yang
berubah dahulu. Perasaan itu berlalu pergi begitu sahaja. Tapi, sejak dari hari
aku berterus – terang tempoh hari dan saat aku mulakan misi 7 hari ini,
perasaan itu muncul kembali. Permainan perasaan apakah ini?
Disebelah petang aku menghantar voice note kepadanya.
U.. malam ni I call ya
Dia menjawab ok.
Kami bersembang seperti tiada apa yang berlaku. Aku meminta dia
menyanyikan lagu Hazama (Relakan Jiwa) dan
meminta dia menghadiahkan lagu Judika (Setengah
Mati Merindu) sebagai hadiah harijadiku. Dia memang mengetahui itu adalah
lagu kegemaranku. Dia tidak pernah lupa akan lagu itu. Lama juga kami berborak.
Aku berterus – terang kepadanya yang aku rindukan dia, aku sayangkan dia.
Melampaukah aku mengungkapkan kata – kata seperti itu kepada dia?
Day 4
Hari ini tiada voice note atau text selamat pagi yang ku hantar
padanya. Kerana bagiku cukup lah tiga hari itu. Aku tidak mampu lagi untuk
meneruskannya. Hatiku sakit, sakit bagai dihiris belati tajam.
Tetapi pagi ini dia menghantar text kepada aku.
10.00 am
Asslaammualaikum
Asslaammualaikum
Good morning u
Semoga hari jumaat u ni
berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya
12.00 pm
Busy ke tu
Busy ke tu
👀
2.00 pm
It was nice talking to u 👍 great talk
It was nice talking to u 👍 great talk
Aku biarkan sahaja WhatsApp’s itu berlalu tanpa balasan.
Biarlah lagu Setengah Mati
Merindu yang kau nyanyikan semalam sebagai lagu terakhir kau untukku. Aku
minta kau menghantar voice note lagu itu sebagai peneman disaat aku merindui
kau. Sesungguhnya kau tidak pernah menolak permintaanku. Akan aku sematkan
perbualan kita semalam sebagai hadiah dan memori terindah dari kau untukku. Aku
bahagia dapat meluahkan apa yang aku rasa. Terlepas rasanya bebanan rindu yang
aku tanggung.
Cukuplah untuk semua ini. Aku sudah tidak sangup untuk berbohong,
berbohong pada diri sendiri. Mungkin aku boleh membohongi orang lain, tetapi
aku tidak mampu untuk membohongi diri sendiri. Ya, aku sayang & cintakan
kau. Bodohkah aku kerana merasa semua itu untuk lelaki yang telah berubah hati?
Mudah sungguh kaum lelaki berubah. Di sini kau kata sayang, disana kau kata
sayang. Pantas benar kau membuang perasaan kasih sayang cinta & rindu yang
kau canangkan kepada aku dulu. Kini kau berbahagia bersama kekasih barumu.
Sikit pun kau tidak pernah kisah akan perasaan aku disini. Tidak sedikit pun
kau menjaga hati dan perasaan aku. Sudah hilangkah semua perasaan kau pada aku?
Atau selama ini hanya lakonan kau semata – mata?
Day 5
Aku berjaya menyibukkan diri dengan pebagai aktiviti yang telah
dirancang agar sedikit sebanyak aku dapat melupakan kesakitan yang dialami.
Walapun harini aku menyibukkan diri tetapi kau tak pernah hilang dari kotak
fikiranku. Kenapa? Kenapa kau tidak pernah hilang dari fikiranku? Aku mencuba
sedaya upaya untuk tidak memikirkan kau, tetapi mengapa kau sentiasa ada dalam
kotak fikiranku? Hari berlalu dengan kenduri kendara, shopping, memandu 120 –
140 km sejam. Kadang – kadang terfikir alangkah seronoknya menjadi kanak –
kanak kerana mereka tidak perlu merasai kesakitan dan kepedihan ini.
Tiada sebarang text dari aku mahupun dia pada harini.
Day 6
Aku bangun seperti biasa pada hari ini. Bangun dari tidur dengan
perasaan rindu dan tertanya – tanya bagaimanakah keadaan dia? Sihatkah dia?
Gembirahkah dia? Namun aku malas untuk melayan perasaan itu lalu aku mengambil
keputusan tidur semula. Orang kata tidak baik tidur selepas subuh tapi oleh
kerana aku malas hendak terbuai – buai oleh perasaan rindu, lantas aku
memejamkan mata menyambung tidur semula. Aku bangun semula kira – kira 2 jam
kemudian dan melihat ada text dari dia. Kenapa ada sahaja text dari dia saat
aku merasa rindu?
Assalammualaikum selamat
pagi akak nora
Semoga hari u berjalan
dengan baik dan dipermudahkan segalanya
Jgn lupa mandi n makan
Aku masih tidak membalas text dari dia.
Aku masih lagi menyibukkan diri dengan jemputan kenduri keluarga
terdekat, membeli belah dan melawat sahabat baikku yang kematian suami minggu
lalu dan seorang lagi sahabat baikku yang baru sahaja selamat melahirkan anak 3
minggu lepas. Aku bahagia kerana adanya sahabat seperti meraka. 20 tahun kami
bersama – sama menempuhi suka duka dan liku – liku kehidupan yang penuh onak
berduri. Apa sahaja yang mereka tidak tahu mengenai aku? Kami tidak pernah
berahsia antara satu sama lain. Aku bersyukur dengan adanya mereka.
Sebelah malam, aku tergerak hati untuk membalas text darinya;
nyanyi n ngaji
😆
Eh 😅
Hahahaha alright
Insya Allah
Lalu voice note lagu Jomblo Happy dan alunan suranya mengaji ku
terima
Btw nape blue ticked je?
Kena la jawab
I ingat i ada buat salah
sampai u blueticked je macam terasa!
Yelah u tak reply cuma
blueticked je
So i assume la i ada buat
salah kat u
Aku membiarkan soalan itu tanpa menjawabnya. Setelah beberapa kali
soalan yang sama di ajukan, barulah aku menjawab.
Aku
saje je nak rasa rindu..
then baru jawab
Dia
Haa dah rasa kan
So u blueticked je sebab
tak rindu
Aku
dia ni kan
bukan mcm tu
gile tak rindu !
selama ni text dia 24/7
kot
bukan senang nak hadam bile
tetibe tak de
Dia
Haa i see
Tkpelah
I selalu dekat sini je
Day 7
Masih ada ucapan selamat pagi dari aku dan dia. Cuma agak lewat
tidak seperti selalu. Pagi ini aku sengaja meminta selfie dari dia. Permintaan
ku sentiasa ditunaikan tapi kali ini aku lihat raut wajahnya agak serabut tidak
seperti selalu. Mungkin dia letih setelah berpenat lelah mencuci kereta.
Walaupun sebelum ini dia letih melakukan kerja – kerja rumah, tapi tidak pernah
ku lihat raut wajahnya serabut seperti itu. Aku tidak tahu mengapa aku
berperasaan sebegitu. Aku mengharapkan yang terbaik buatmu wahai kawan.
Kami masih lagi ber texting seperti biasa.
Petang itu aku mengajak housemate menemani aku membeli belah di
Pavilion. Aku membeli apa sahaja yang aku teringin. Shopping is the best
therapy untukku. Belilah apa sahaja asalkan kau mampu. Aku sudah lama tidak
membeli – belah kerana apa yang ada sudah cukup untukku. Tapi kali ini aku
bagai tidak dapat mengawal nafsuku untuk membeli.
********
Alhamdulillah, syukur kepadaMu ya Allah kerana aku berjaya
mengharungi 7 hari ini dengan penuh kesabaran. Walaupun terkadang aku
tergelincir kesedihan dalam kedukaan. Sesungguhnya kesabaran dan kekuatan itu
adalah datang dariMu.
Semalam tamatlah misi 7 hari aku mencari apa ertinya cinta. Harini
aku mulakan dengan senyuman manis yang terukir dibibir, semangat & kekuatan
yang baru.
Terus terang aku katakan bukan mudah untuk aku harungi ini semua.
Terkadang ada masanya aku merasa sangat - sangat kehilangan. Kehilangan insan
yang sentiasa berada bersama aku mengharungi liku – liku kehidupan. Aku sudah
terbiasa dengan adanya dia disisi berkongsi cerita gembira sedih suka duka.
Bayangkan lah betapa sukarnya aku untuk melepaskan semua itu pergi. Sungguh
berat, berat melepaskan rasa indah & gembira bila bersamanya.
Terima kasih keluarga dan sahabat kerana berasa disisi tanpa rasa
jemu memberi sokongan & kekuatan untuk aku bangun semula mencari dan
membina diri aku yang telah hilang. Tanpa sokongan kamu aku tidak mampu untuk
mengharungi ini semua sendirian. Perit rasanya. Hanya padaMu ya Allah tempat
aku mengadu segalanya.
Ya, sesungguhnya aku redha melepaskan dia pergi kerana aku gembira
dan bahagia bila melihat dia merasa dan menikmati semua itu. Namamu akan
sentiasa berada dalam doaku dan kau akan tersemat sebagai anugerah terindah
dilubuk hatiku yang paling dalam.
Rasa cinta, kasih, sayang dan rindu itu adalah anugerah. Anugerah
yang tidak ternilai harganya. Cuma pesanku, berpada - padalah dalam mencintai
dan menyayangi seseorang kerana rasa cinta itu tidak kekal. Ianya hanyalah
kebahagian palsu yang sementara. Jangan tersalah tafsir antara cinta dan nafsu.
Jangan mencintai kerana paras rupa & harta, cintailah seseorang kerana
Allah. Belajarlah untuk menyayangi mencintai dan menghargai diri sendiri dahulu
sebelum belajar untuk mencintai orang lain. Hormati dan jagalah perasaan insan
yang kau cintai kerana tanpa sedar kau akan rasa kehilangan apabila ianya pergi
dan tidak akan kembali. Kita memang mudah bertemu dengan insan yang kita suka
tapi, untuk mencari yang serasi itu adalah amat sukar. Fahamilah apa erti cinta.
Ianya bukan sekadar hanya kata – kata. Ianya memerlukan pengorbanan yang besar.
Bak kata orang
“kalau dah jatuh cinta,
couple is not the conclusion, be friend and get married whenever your are ready
for it“.
Kita ada perancangan tersendiri, tetapi sebaik – baik perancang
adalah Allah swt.
Selamat tinggal u, insyaAllah suatu hari nanti andainya takdir kita
pasti akan bertemu.
***berdasarkan pengalaman dan kisah hidup BFF
NAMA PENA : MELATI PUTIH
Wassalam
1 Luahan Hearty
Ooo kisah bff ke ni..tulis jgn tak tulis..best gak baca hehehe
ReplyDelete