[CERPEN] APA ERTINYA CINTA? - PART 1
Assalammualaikum Dunia... Saat warkah ini tertulis, aku masih lagi terkejut
dengan apa yang terjadi semalam.
Ya, aku amat terkejut dengan apa yang aku dengari. Walaupun reaksi aku hanya bersahaja, namun hatiku, perasaan, jiwaku bagaikan cermin hancur berkecai. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Semalaman aku tidak lena tidur kerana memikirkan hal itu.
Namun aku bersyukur Allah masih sayangkan aku.
Ya, cinta itu tidak semestinya memiliki
Sesungguhnya cinta itu mengajar kita erti menghargai
Aku akui yang aku memang menyayangi dan mencintai
dia kerana Allah. Dia adalah dia.
Aku sangat suka berkawan dengan dia, kerana dia
sangat “rare” bagiku. Melayan karenah gila-gila aku, membuli dia, calling him
budak gemok as much as I wanted it to be, aku boleh menjadi aku bila
bersamanya. Aku tidak perlu hipokrit Sepanjang tempoh itu, dia berada di
setiap pelusuk hidupku.. waktu pagiku, tengahariku, malamku. Kami sentiasa ada
antara satu sama lain bak kata orang 24/7. Ya aku gembira, aku bahagia kerana
mempunyai kawan seperti dia. Aku bersyukur kerana Allah menghadirkan dia dalam
hidupku.
Bila malam menjelma, aku tidak sabar menunggu hari
esok kerana di setiap pagi pasti akan ada ucapan selamat pagi dari dia dan dia
tidak pernah miss tentang rutinnya itu. Suatu hari, tiada ucapan selamat pagi
dari dia, aku rasa semacam. Kenapa dengan aku ni, tercari cari dia? Kemana dia
pergi? Kenapa dengan dia? Rindukah aku? Rupanya dia sengaja. Sejak hari itu,
kami bergilir untuk wish selamat pagi, so adil bukan? Lama kelamaan perasaan
kawan itu bertukar sedikit demi sedikit, aku mula rasa ada sesuatu perasaan
yang asing yang hadir. Perasaan cinta & sayang mungkin? aku tidak pasti.
Sehinggalah aku memberi idea gila kepada dia.
U.. can we stop chat, calling and ambil tahu pasal each other for 48 hours?
That’s my idea gila.. hahaha
Walaupun pada mulanya dia enggan namun, dia terpaksa
akur dengan idea gila aku.
Maka, bermulalah idea gila itu. Sepanjang tempoh 48
hours itu bermacam macam perasaan muncul. Rindu? sudah semestinya. Namun ada
perasaan yang lebih dari itu. Aku sayangkan dia, aku perlukan dia. Aku tidak
menyangka yang dia boleh membuat aku merasa begitu setelah sekian lama pintu
ini tertutup rapat. Namun aku tidak mengharapkan apa - apa kerana jarak usia
kami amat jauh. Bagiku 48 hours itu terlalu panjang kerana aku sudah terbiasa
dengan adanya dia di segenap hari - hariku. apa yang aku lakukan adalah dengan
stalked dia (WhatsApp’s, ig, twitter, wechat & fb). Dan di setiap kali
doaku pasti ada namanya. Tiada ucapan selamat pagi dan malam dari dia selama
tempoh itu.
"Assalamualaikum"
"Selamat pagi princessku"
"Assalamualaikum"
"Selamat pagi akak"
"Semoga dipermudahkan segala urusan"
"Good nite my lady"
"Sleep well"
"Sweet dreams"
Ohh rindunya aku pada dia.
Setelah 48 hours itu berlalu, aku tidak sabar untuk
mengetahui apakah yang terjadi kepada dia. Kuasa Allah itu maha besar, rupanya
dia merasai apa yang aku rasakan. Aku tidak bertepuk sebelah tangan. Aku
berterus terang dengan apa yang aku rasa tanpa mengharapkan balasan. Ya, dia
akui yang dia juga berperasaan yang sama. Gembiranya hatiku bukan kepalang
tapi, kami tidak mengambil keputusan untuk menjadi kekasih. Apa yang aku kata
padanya ‘’just go with the flow‘’. Persahabatan kami terus berjalan seperti
biasa.
Aku tak biasa
Bila kau tiada disisiku
Aku tak biasa bilaku tak mendengar suaramu
Aku tak biasa
Aku tak biasa
Dari awal perkenalan lagi dia memang suka menyanyi
sebelum aku tidur. Walaupun suara dia tidaklah sehebat dan semerdu Hafiz, tapi
cukuplah untuk membuat aku tidur lena bertemankan mimpi - mimpi indah. Kadang -
kadang kami akan berbual di telefon sehingga 2 – 3 jam, kesian dia terpaksa
mendegar bebelan aku sepanjang tempoh tiu.. hahaha
Were are so cool
Were are so closed
Somebody yang kita boleh text pagi - pagi
Somebody yang kita boleh call tengah malam
Somebody yang boleh kita spend time
Hari demi hari, perasaan itu semakin bercambah.
Sebenarnya aku takut untuk memberi commitment kerana aku tidak mempunyai
harapan langsung diatas perhubungan ini. Tetapi, tidak salah untuk mencuba.
Cuma aku hadkan perasaan itu kerana aku sendiri takut aku tidak mampu.
‘’Bangun pagi - pagi terus teringatkan akak‘’
‘’Tak sangka akak mampu membuat I rasa begini‘’
‘’Yes, I’m closer enough so I could care about u,
calling u my girl n loving u as much as I wanted it to be‘’
‘’She made me realize that I can fall in love and to
be love by somebody else that I couldn’t imagine to have‘’
Ya, dia memang sweet talker. Banyak lagi ayat - ayat
manis dia. Namun, ini saja yang mampu aku kongsikan. Aku bukan mudah terpedaya
dengan kata - kata manis dan janji – janji lelaki. Mungkin kamu akan berkata..
tipulah kalau tak termakan dengan kata - kata manis lelaki. Jawapannya, ya aku
memang tidak terpedaya dengan kata - kata manis lelaki. Aku sukakanya bukan
kerana itu. Ada 1 sebab yang sangat peribadi untuk aku kongsikan, biarlah teman
rapat saja yang mengetahuinya. Sesungguhnya dia sendiri tidak tahu mengapa aku
sukakanya.
Sejak dari persoalan itu, aku dan dia bersama. Aku
bersyukur dengan kehadirannya. Walaupun usia kami jauh berbeza, tetapi dia
matang dalam segala hal. Hari - hari kami berjalan dengan gembira, ceria &
bahagia. Setiap hari pasti akan ada ‘’voice note‘’ mengaji dari dia. Solat lima
waktu tidak pernah tinggal, Alhamdulillah. Aku sangat suka mendengar alunan
suaranya mengaji. Sangat tenang jiwaku mendengarnya. Dia seorang anak yang
baik, mengormati ibu bapa dan adik beradik. Salah satu sebab aku sukakan dia
kerana dia pandai melakukan kerja - kerja rumah, mencuci baju, menyidai baju,
melipat kain dan megemas rumah.
Setiap hari, dia pasti akan menghantar selfie atas
permintaanku. Sebenarnya aku saja hendak mengetahui sejauh manakah tahap
keseriusan dia terhadap aku. Banyak lagi idea merepek aku yang dia sanggup
lakukan. Aku suka memanggil dia my budak rare yang gemok musuk masyam.. hahaha
Hari demi hari berlalu dengan bahagia dan gembira
sehinggalah suatu hari aku perasan kenapa perasaan itu tiba - tiba saja hilang
dariku. Sebelum itu, aku ada berpesan kepada kawan untuk mendoakan aku di tanah
suci (tapi aku tidak tahulah samada dia mendoakan atau pun tidak) jika ya,
terima kasih aku ucapkan. Tapi, aku teruskan sahaja perhubungan kami seperti
biasa. Tetapi, aku perasan yang dia mula berubah sedikit demi sedikit. Tapi aku
abaikan itu semua, sehinggalah dia terlupa hari lahirku. Siapa yang tidak sedih
kan, orang yang kita sayang lupa hari - hari penting dalam hidup kita. Aku
maafkan sahaja dia kerana malas hendak bergaduh. Hari terus berlalu dan dia
tidak lagi semesra yang aku kenal dulu. Dia mula berubah sedikit demi sedikit.
Aku mengesyaki ada sesuatu yang dia sembunyikan. Aku menunggu berminggu lamanya
untuk dia berterus terang namun tiada. Mungkin dia tidak mengesyaki yang aku
tahu akan perubahan dirinya. Akhirnya aku memberanikan diri untuk bertanya,
"u.. kenapa word yang gunakan sekarang lain ?"
"u ada someone ke ? if yes terus terang je.. I tak
marah (as I mentioned before, tolong bagi
tahu if u ada orang lain, jangan sampai I find out)"
Dia tidak terus menjawab, tapi aku tahu bagaimana
untuk membuat dia berterus terang. Akhirnya dia mengakui yang dia berubah. Dia
mengaku yang dia mengenali seseorang melalui twitter.
"Ya.. I kenal someone"
"I suka dia.."
Ohh mudahnya lelaki berubah..
Nak kata aku sedih, kecewa, terluka dan menangis
memang tidak sama sekali. Aku tidak tahu mengapa aku tidak merasai itu semua.
Ataukah aku yang berubah?
Akukah yang berubah sebenarnya ? Jika ya, aku berubah
bukanlah disebabkan oleh lelaki lain cuma, perasaan itu sahaja yang berlalu
pergi. Maafkan aku.
Kami masih lagi berhubung walaupun kami tiada apa.
Cuma satu yang aku minta dari dia, boleh tak u jadi kawan i macam mana yang
kita kenal mula - mula dulu. Jawapan dia pastilah yes, sebab tak nak berjauhan
dari aku dan tak pernah terfikir akan berjauhan dari aku katanya. Sepertimana
yang dia katakan aku adalah anugerah terindah yang pernah hadir dalam hidupnya.
Perasaan suka, kasih sayang, cinta rindu itu adalah
sesuatu yang tidak mampu untuk kita tolak. Cuma ia berbeza bagaimana kita
menghadapinya.
Aku tidak marah bila dia berubah hati, kerana aku
tahu kemampuan aku. Aku sangat berterima kasih kerana kehadiranya adalah
anugerah terindah buat aku. Aku berterima kasih padanya kerana sudi hadir dalam
hidupku dan sudi meminjamkan hatinya walaupun untuk seketika. Aku sangat
menghargainya.
Aku terima seadanya keaadan ini sehinggalah semalam,
atas dasar kawan aku bertanya ;
Aku : "Macam mana u kenal dengan perempuan tu dan macam mana
u boleh sukakan dia ?"
Dia : "I kenal dia dari twitter, I dm dia .. dm .. dm..
sehinggalah perempuan tu membalas."
Then, sebab apa u suka dia. Dia terdiam. Bukan mudah
untuk memujuk dia berterus terang. Akhirnya dia berterus terang yang dia
berkenalan dengan perempuan itu atas dasar nafsu. Aku terdiam, mengucap panjang
dalam hati. Dia malu sebenarnya untuk berterus terang, tapi aku tidak puas hati
sehinggalah dia bercerita semuanya. Aku amat - amat terkejut dengan
pengakuannya. Aku bersyukur kerana Allah melindungi aku. Terima kasih Allah
Sungguh mudah lelaki berubah atas dasar nafsu, atau
dia tidak dapat menilai antara nafsu dan cinta.
Kekalkah perasaan suka sayang atas dasar nafsu ?
Setiap manusia pasti ada sisi gelap yang yang kita
tidak mahu orang ketahui tapi percayalah, aku terima dia sedaanya. Walau siapa
pun dia. Kerana dia adalalah dia.
Aku sayangkan dia, kerana dia kawan yang baik, cuma
aku ralat dia berubah kerana itu.
Aku tidak sanggup membiarkan dia terus hanyut.
Aku doakan semoga dia tidak jauh tersasar dari
landasan.
Aku disini sebagai kawan mendoakan kau berjaya
mengharungi ujian Allah ini.
Hadapilah ujian Allah ini dengan sebaiknya.
Ya., aku rindu.. rindu kawan yang mula mula aku kenal
dahulu. It was happy together
-bersambung-
** Berdasarkan pengalaman seorang sahabat...
-bersambung-
** Berdasarkan pengalaman seorang sahabat...
Wassalam
indahnya
ReplyDeleteassalamualaikum mas...wah !! bestnya..
ReplyDelete