CARA-CARA MEMBUAT CRISPY GOLDEN EGG

by - June 06, 2016

CARA-CARA MEMBUAT CRISPY GOLDEN EGG

cara membuat crispy golden egg, telur emas, resepi ala sushi king, menu berbuka puasa

Assalammualaikum Dunia... Haritu try buat crispy golden egg a.k.a telur emas.. Empunya resepi ni bagitau ni favourite Encik Husband dia kalau pergi makan dekat sushi king...


Nak dijadikan cerita, lepas siap buat crispy golden egg ni, MD offerlah dekat Uwais...

MD : Uwais... nak telur tak?
Uwais : Hah?.. (mata tengok telur)... tak naklah...telur buruk...
MD : $%%%%^****( ..... Hahahahah...(sabo jelah Mokde dengo nak oiii)

BAHAN-BAHAN CRISPY GOLDEN EGG

5 biji Telur 
1 biji telur mentah
Tepung gandum
Garam
Lada Hitam
Breadcrumb / serbuk roti

CARA-CARA MEMBUAT CRISPY GOLDEN EGG

cara membuat crispy golden egg, telur emas, resepi ala sushi king, menu berbuka puasa

1. Telur direbus sehingga masak.. bila sudah sejuk kopek kulit dan ketepikan dahulu...
2. Dalam mangkuk lain pecahkan sebiji telur dan kacau-kacaukan..
3. Dalam satu lagi mangkuk lain campurkan tepung gandum dengan sedikit garam dan lada hitam... gaul-gaulkan...
4. Telur yang telah direbus tadi golekkan dekat telur mentah, kemudian golekkan dekat tepung gandum.. ulang sebanyak 4 kali sampai salutan itu boleh dibulatkan...
5. Last sekali golekkan semula dekat telur mentah dan salutkan dengan breadcrumbs...(cara membuat homemade breadcrumbs)
6. Dah siap semua, masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit...
7. Bila nak makan, keluarkan dari peti sejuk dan gorengkan atas api sederhana sehingga warna keemasan...Angkat dan toskan..
8. Siap untuk dihidang... sedap dimakan bersama coleslow..

SELAMAT MENCUBA... :)

Wassalam


You May Also Like

3 Luahan Hearty

  1. yumyumyummmmm mcm sedap je..
    Hihiii nanti boleh try buat nie :)

    ReplyDelete
  2. kalo xnk guna breadcrumb nak ganti dgn apa ? x sukaaa breadcrumb..

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (71) kisah aku (67) review (58) info (57) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)