RESEPI BEBOLA DAGING + TELUR PUYUH MASAK KURMA

by - May 03, 2016

RESEPI BEBOLA DAGING + TELUR PUYUH MASAK KURMA

resepi bebola daging + telur puyuh masak kurma, bahan-bahan, cara-cara memasak, meatball cheese

Assalammualaikum Dunia... Kebiasaan yang dilihat harini meatball tentu dikaitkan dengan cheesekan.. tapi disebabkan Mak MD tak makan cheese dan selera Melayu, so semalam tengahari Mak masak meatball + telur puyuh masak kurma... sedap jugak rasanya... nyumm...nyummm... 

BAHAN-BAHAN BEBOLA DAGING + TELUR PUYUH MASAK KURMA

  • 3 ulas bawang putih**
  • 7 biji bawang merah**
  • 1 inci halia**
  • 1/2 inci lengkuas**
  • 2-3 biji buah keras**
  • 1 paket kecik lada putih biji**
  • 2 paket kecik rempah kurma adabi
  • Santan (ikut kepekatan yang disukai)
  • 1/2 paket bebola daging Ramly
  • 50 biji telur puyuh
  • Kentang
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Asam jawa
  • Minyak untuk menumis

BAHAN HIASAN
  • Lada hijau - Dipotong panjang-panjang
  • 2 biji bawang besar - Dibelah 6
  • Daun sup & Daun bawang - Optional

CARA-CARA MEMASAK BEBOLA DAGING + TELUR PUYUH MASAK KURMA

1. Rebuskan telur puyuh terlebih dahulu sehingga masak, toskan dan dikopek kulitnya...
2. Kisarkan bahan bertanda ** sehingga lumat... Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga garing...
3. Bancuhkan rempah kurma Adabi dengan air dan masukkan kedalam periuk... masakkan sehingga naik bau dan garing..
4. Masukkan santan, kemudian masukkan kentang dan masakkan kentang sehingga empuk...
5. Setelah kentang empuk barulah dimasukkan bebola daging, air asam jawa dan telur puyuh...
6. Masukkan garam dan serbuk perasa dan biarkan sehingga mendidih...
7. Akhir sekali, masukkan lada hijau dan bawang besar...kacau-kacaukan dan tutup api...
8. Sendukkan ke dalam mangkuk dan taburkan daun sup dan daun bawang...
9. Sedia untuk dihidang.. 

SELAMAT MENCUBA... :)

Wassalam

You May Also Like

0 Luahan Hearty

Categories

giveaway (74) resepi (70) kisah aku (67) info (57) review (57) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)