[RESEPI KETIKA MALAS] AYAM GORENG KUNYIT

by - March 17, 2016

[RESEPI KETIKA MALAS] AYAM GORENG KUNYIT

resepi ayam goreng kunyit, masakan orang malas, bahan-bahan, cara-cara

Assalammualaikum Dunia...

Pernah terbaca satu status ni "orang perempuan setiap hari, setiap kali celik je mate pasti terfikir, harini nak masak ape?".. kannn...

Bile angin rajin memasak mai, bolehlah masak hat susah-susah sikit, asam pedas ke, masak lemak ke, atau ape pun... tapi bile angin MIM besaq mai, apelagi kalau boleh nak masak mudah-mudah je janji perut seisi keluarga kenyang...hihihi... dan salah satu resepi yang paling mudah bagi MD, tak lain tak bukan haruslah Ayam Goreng Kunyit... Sangat sedap dimakan dengan nasi panas dan kicap kipas Udang... hehehehe...

BAHAN-BAHAN AYAM GORENG KUNYIT

Ayam
Kacang Panjang
Carrot
Bawang besar
Lada besar merah
Garam
Serbuk kunyit
Kiub ayam
Minyak Masak

CARA-CARA MEMASAK AYAM GORENG KUNYIT

resepi ayam goreng kunyit, masakan orang malas, bahan-bahan, cara-cara

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan kiub ayam.
2. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan.
3. Potong kacang panjang dan carrot panjang-panjang (agak-agak sepanjang jari), hiriskan bawang besar dan lada besar merah kemudian gaulkan semua dengan serbuk kunyit, garam dan kiub ayam...
4. Gorengkan (jangan terlalu layu) , angkat dan toskan...
5. Masukkan kedalam mangkuk dan gaulkan sekali dengan ayam yang sudah digoreng...
6. Siap dan sedia untuk dihidang...

SELAMAT MENCUBA.. :)

Wassalam

You May Also Like

7 Luahan Hearty

  1. tapikan..bagi PC lah yang kadang malas tulah yang hidangannya win sebab biasanya yang simple tu lagi membuka selera..lagi syok makan sampai basah ketiak..hihihi..

    ReplyDelete
  2. wah senang jer...boleh la akak cuba sbg salah satu menu bekal pi opis...

    ReplyDelete
  3. Yeayyy..! Dah dpt menu malam ni.. TQ :)

    ReplyDelete
  4. Sedap nya..tpi gmbo mane..br nk terliur..heehe..

    ReplyDelete
  5. resipi ni walaupun malas tetapi rasa tetap sedap

    ReplyDelete
  6. sis JM suka masak ayam sos tiram..mudah

    ReplyDelete
  7. assalam mas..nanti emailkan sis JM alamat rumah eh..nak pos ole2..emailkan ke jarimanis4ever@gmail.com

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (70) kisah aku (67) info (57) review (56) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)