RESEPI KEK PISANG COKLAT MOIST KUKUS

by - March 02, 2016

RESEPI KEK PISANG COKLAT MOIST KUKUS 

resepi kek pisang coklat moist kukus, marble, bahan bahan, cara cara, banana cake
Assalammualaikum Dunia...

Percubaan pertama buat kek pisang.. keputusannya dapat komen yang "menaikkan semangat" dari Mak.. yeah.. Dialah pengritik tetap saya...takpe-takpe next time cube lagi...hahaha.. 

 Antara komen Mak :-
1. Pisang tanduk tak sesuai buat kek pasai dia tak naek.. dalam bahasa laennye bantat...
2. Tak boleh isi penuh sangat dalam loyang, so kukus kena lebih 45minit... (kalau perasan tengah-tengah kek tu agak terperosok, bukan pecah tapi belum masak rupenye.. bile potong cair lagi ala-ala lava kek..hihi)
3. Tak boleh pakai aluminium foil untuk balut tutup kukus..kena pakai kain.. sebab aluminium foil akan menyebabkan air menyerap dalam kek...

Ok, baik Mak, pasni akan diperbaiki lagi...hehehe.. even kek ni agak bantat tapi rasenye Not Bad lah..bile makan tu basah-basah rasenya.. agak moist disitu...yang penting tak muak... hehehe 

Sebenarnya bahan-bahan yang MD share ni ade yang ditukar sendiri sebab tak cukup bahan.. 

BAHAN-BAHAN KEK PISANG COKLAT MOIST KUKUS

3biji telur
1sudu kecil garam
1cawan gula - (kurangkan 1/2cawan)
1sudu besar ovalette - (takde ovalette so tukarkan dengan esen vanilla)
1cawan minyak masak
1/2cawan susu pekat manis - (kurangkan suku cawan)
5biji pisang berangan - (gune pisang tanduk 1cawan)
2cawan tepung gandum
1sudu besar soda bikarbonat
1sudu besar baking powder - (tak gune sebab takde)
3sudu besar Serbuk koko
Marjerin & sedikit tepung - untuk sapu diloyang

resepi kek pisang coklat moist kukus, marble, bahan bahan, cara cara, banana cake

CARA-CARA MEMBUAT KEK PISANG COKLAT MOIST KUKUS

1. Blenderkan telur, garam, gula, ovalette @ esen vanilla, minyak masak dan susu pekat sampai hancur....
2. Kemudian masukkan pisang dan mix sehingga sebati dan tuangkan adunan didalam bekas....
3. Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder didalam adunan dan gaul sebati....
4. Ayakkan serbuk koko didalam bekas berasingan...
5. Tuangkan separuh adunan didalam bekas yang berisi serbuk koko dan gaul sebati...
6. Sapukan loyang dengan marjerin dan tepung, kemudian tuang adunan secara selang seli...
7. Panaskan pengukus dan kukus sehingga masak.. Anggaran dalam 45minit-1jam 30minit bergantung kepada ketinggian loyang...
8. Sejukkan dan sedia untuk dimakan

Selamat mencuba.. :)

Wassalam

You May Also Like

2 Luahan Hearty

Categories

resepi (75) giveaway (74) kisah aku (72) review (66) info (64) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)