CARA-CARA MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

CARA-CARA MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih, pengundi, suruhanjaya pilihan raya, cara-cara mendaftar sebagai pengundi, pemilih, tempat mendaftar

Assalammualaikum Dunia...

Pilihan raya semakin dekat ni... Sudahkah anda semua mendaftar sebagai Pengundi?

Kalau ada diantara anda yang masih belum mendaftar, cepat-cepatlah mendaftar yer.. lambat nanti, tak dapat pulak nak menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat kite dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri...

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDAFTAR

(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

CARA MUDAH UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH


1. Pergi mana-mana Pejabat Pos berhampiran..
2. Ambil Nombor Giliran..
3. Bila sampai turn, bagitau dekat staff bertugas, cakap nak daftar sebagai pengundi...
4. Staff tu akan mintak IC, dan tak sampai 5minit dia akan bagi kita form pendaftaran pemilih yang siap diprint maklumat tentang kita.. so tak perlu susah-susah nak tulis details kite tu sendiri...
5. Cek details dan pastikan semua maklumat betol, baru sign dibahagian bawah..
6. Staff bertugas akan pulangkan IC beserta salinan berwarna pink (seperti gambar diatas) sebagai rujukan dan bukti pendaftaran..
7. Siap dan boleh mengundi next pilihan raya.. :)

JADILAH PENGUNDI YANG BIJAK YANG DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA RAKYAT...
Wassalam
CARA-CARA MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA CARA-CARA MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA Reviewed by MasturaDin on February 11, 2016 Rating: 5

6 comments:

  1. nice share. rasanya ada yang mendaftar disaat-saat akhir waktu nak dekat2 mengundi kan :)

    ReplyDelete
  2. Anak sulung kakak dah boleh mengundi tapi belum ada masa daftar lagi. Tunggu dia balik cuti nanti bolehlah daftarkan.

    ReplyDelete
  3. penting ni, pastikan anda berdaftar

    ReplyDelete
  4. sy dah mendaftar anda ? he he he

    ReplyDelete
  5. Sekejap je nk pilihan raya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.